Thursday, 13 October 2016

Reaksi Wilayah Dan Negara Jiran

PEMBENTUKAN MALAYSIA

REAKSI WILAYAH TERLIBAT DAN NEGARA JIRAN




Persekutuan Tanah Melayu
Parti Islam Se-Tanah Melayu (PAS) dan Barisan Sosialis meminta supaya idea pembentukan Malaysia dirundingkan terlebih dahulu bersama penduduk Tanah Melayu. Umno bersetuju dengan idea ini tetapi tanpa penglibatan Singapura

Sabah
Wujud banyak penentangan pada peringkat awal sehingga lahir bebrapa buah parti politik yang meluangkan penubuhan atas sentimen pro atau anti-Malaysia.  Parti politik pertama di Sabah lahir pada bulan Ogos 1961 dengan penubuhan Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (United National Kadazan Organization-UNKO) yang dipimpin oleh Donald Stephens.  Parti ini secara jelas menentang pembentukan Malaysia, malah mula memperjuangkan kemerdekaan Sabah.  Pada bulan Jun 1962 Pasok Momogun Kebangsaan Borneo Utara yang dipimpin oleh G.S. Sundang telah ditubuhkan untuk memperjuangkan kemerdekaan Sabah.

Hanya Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (United Sabah National Organization – USNO) yang dipimpin oleh Tun Mustapha Datu Harun sahaja yang menyokong idea penubuhan ini.[4]  Namun menjelang lewat tahun  1962 dan awal 1963, sebahagian besar penduduknya mula berubah fikiran setelah menerima penerengan mengenai pembentukan Malaysia.

  Sarawak
Parti Negara Sarawk (Sarawak United People’s Party – SUPP) dan Parti Kebangsaan Sarawak (Sarawak National Party – SNAP) secara jelas menentang cadangan peggabungan ini.  SUPP ditubuhkan pada 12 Jun 1959 dan dipimpin oleh Ong Kee Hui.  Manakal SNAP diketuai oleh Stephen Kalong Ningkan.  Hanya Barisan Rakyat Jati Sarawak (Berjaya) sahaja yang menyokong cadangan tersebut 

Brunei
Secara peribadi Sultan Brunei iaitu Sultan Omar Ali Saifuddin menyokong pembentukan Malaysia.  Rakyat Brunei juga pada peringkat awalnya berminat untuk menyertai gabungan ini.  Tetapi mereka berpendapat akan menyertai gabungan ini selepas mereka mencapai kemerdekaan terlebih dahulu.

Namun Parti Rakyat Brunei yang dipimpin oleh A.M Azahari telah menentang cadangan tersebut kerana beliau lebih berminat untuk menggabungkan Brunei, Sabah, Sarawak dan Kalimantan Utara ke dalam satu kesatuan.  Ini keran A.M. Azahari berpendapat, pembentukan Malaysia merupakan satu cara kerajaan British untuk mengekalkan pengaruhnya supaya mereka dapat menguasai ekonomi dan dapat menjamin keselamatan.  Selain itu, mereka juga khuatir Brunei akan kehilangan sebahagian besar kekayaanya jika menyertai gabungan ini.
Singapura
Penduduk Singapura berminat dengan konsep Persekutuan Malaysia.  PAP yang dipimpin oleh Lee Kuan Yew menyambut baik rancangan ini kerana mendapati partinya terancam dan kurang mendapat sambutan daripada rakyat Singapura sendiri.  Sementara parti-parti lain seperti Parti Buruh Singapura bersetuju dari segi prinsip tetap menganggap sebagai suatu yang sukar untuk dilaksanakan.  Parti Rakyat Singapura juga menentang gagasan Malaysia kerana berpendapat ia merupakan rancangan British untuk mengekalkan pengaruhnya.
 Indonesia
Pada peringkat awal, Indonesia menyokong pembentukan Malaysia asalkan ianya tidak melibatkan negaranya.  Menteri luar Indonesia, Dr. Suhandiri (New York Times – 13 Nov 1961) pernah menyatakan bahawa Indonesia tidak akan menghalang penubuhan ini sebaliknya mendoakan supaya kerajaan Persekutuan Tanah Melayu berjaya dalam rancangannya. 

Walau bagaimanapun, sokongan ini tidak tahan lama apabila Indonesia telah menentang keras dan mengecam pembentukan ini.  Malah mereka juga telah menyokong tindakan Parti Rakyat Brunei menentang Pembentukan Malaysia pada 8 Disember 1962.  Pada 20 Januari 1963, Indonesia telah menyuarakan tentangan dan mengumumkan konfrontasi dengan melaungkan slogan ‘Ganyang Malaysia’.

Pada 11 Februari 1963, Dr. Subandrio mengisytiharkan dengan rasmi penentangan kerajaan Indonesia terhadap pembentukan Malaysia.  Mereka mendakwa bahawa tujuan penubuhan Malaysia adalah untuk menyelamatkan getah, bijih timah dan minyak untuk British.  Faktor-faktor pencetus penentangan ialah:

a)     Sukarno berasa Tunku Adbul Rahman membelakangi jirannya apabila membuat pengumuman tanpa berunding dengannya terlebih dahulu.
b)     Penubuhan Malaysia dipercayai mengagalkan rancangan Sukarno untuk menubuhkan empayar Indonesia Raya (Melayu Raya)
Namun penentangan Indonesia berakhir pada tahun 1965 apabila Sukarno digulingkan dan tematnya diganti oleh Jeneral Suharto.

    Filipina
Presiden Macapagal dan pegawai-pegawai tinggi kerajaan Filipina menuntut hak Filipina ke atas Sabah.  Mereka juga sebenarnya pernah menuntut Sabah dari pada Kerajaan British dengan menghantar sepucuk surat rasmi pada 22 Jun 1962.  Tuntutan ini dibuat kerana mereka mendakwa bahawa Sabah terletak di bawah pemerintahan Kesultanan Sulu suatu ketika dulu.  Bagaimanapun, kerajaan British tidak melayan tuntutan ini dan malah mengingatkan Filipina bahawa sebarang tuntutan mereka ke atas Sabah   sama ada daripada kerajaan Filipina atau orang perseorangan akan ditentang oleh kerajaan British.

Presiden Macapagal telah membuat kecaman secara terbuka terhadap penubuhan ini semasa kongres Filipina pada 28 Januari 1963.  Fenomena ini menyebabkan hubungan diplomatik antara Persekutuan Tanah Melayu dengan Filipina terjejas.  Walaupun Filipina meneruskan tuntutan mereka selepas penubuhan Malaysia, tuntutan ini gagal keran tinjauan dan siasatan membuktikan penduduk Sabah sendiri rela untuk menyertai pembentukan Malaysia.

No comments:

Post a Comment