PENGAJARAN
- Malaysia telah melalui pelbagai liku, halangan dan cabaran sebelum menjadi sebuah negara yang berdaulat pada hari ini.
- Rakyat perlu bersatu menentang kuasa asing yang menduduki negara termasuklah pengkhianat negara.
- Suara rakyat melalui pilihan raya adalah asas penting dalam menentukan tampuk pemerintahan dan hala tuju negara.
- Peristiwa penubuhan Malaysia memberi pengajaran kepada bakal pemimpin pada masa akan datang agar tidak mementingkan diri dalam segala hal, sebaliknya kepentingan semua pihak perlu diambil kira. Dalam peristiwa ini, pemimpin Persekutuan Tanah Melayu tidak mementingkan diri , sebaliknya bersedia berkongsi kekayaan dan kemakmuran negara dengan wilayah-wilayah jiran yang masih dalam taklukan penjajah.
No comments:
Post a Comment